Pengasasan Melaka

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 9:52 PM | | 2 comments »

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Kesultanan Melaka

  • 1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
  • 1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
  • 1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.
  • 1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
  • 1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
  • 1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
  • 1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
  • 1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
  • 1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
  • 1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
  • 1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
  • 1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
  • 1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
  • 1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
  • 1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
  • 1498: Tun Perak meninggal dunia.
  • 1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.
  • 1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
  • 1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.Selain itu, beliau telah di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah membunuh Tun Muthahir dam keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya . Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.

setstats

2 comments

  1. Mrs Lowly says thanks 2 you // August 16, 2011 at 5:48 PM  

    Terima Kasih banyak banyak banyak banyak ini sangat penting dalam ujian saya.

  2. Anonymous // October 11, 2011 at 6:31 PM  

    Thanks k , klau bnde ni ta ad , maybe my folio ta siap aa !