Pengenalan

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 9:43 PM | | 0 comments »

Sejarah negara kita

A) Kesultanan Melayu Melaka
Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.
Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.
Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya :
• Pengasasan Melaka
• Kedatangan Parameswara ( latar belakang parameswara )
• Asal usul nama Melaka
Dalam tajuk yang seterusnya kemi akan cuba memberi seberapa banyak info berkaitan dengan :

B) Zaman Kegemilangan Melaka
Menerusi tajuk ini, kami menyediakan beberapa info berkaitan dengan:
• Pentadbiran Melaka ( sistem pembesar empat lipatan )
• Peranan pembesar ( Raja dan Orang Besar Empat )
• Susun lapis masyarakat
• Peraturan dan undang-undang
• Bahasa Melayu sabagai bahasa perantaraan
• Tokoh – tokoh Melaka
• Melaka sebagai pusat perdagangan
• Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
Marilah kita bersama-sama menambah ilmu... ;)

0 comments