Latihan Pengukuhan

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:48 PM | | 0 comments »

Sila klik di sini untuk melihat Soalan Latihan Pengukuhan

Tokoh-tokoh terkemuka zaman kegemilangan negeri Melaka

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:43 PM | | 1 comments »

Tokoh-tokoh terkemuka zaman kegemilangan negeri Melaka (Klik pada nama untuk ke web)

1. PARAMESWARA
2. SULTAN MUZAFFAR SHAH
3. SULTAN MAHMUD SHAH
4. SULTAN MANSOR SHAH
5. HANG TUAH
6. TUN PERAK
7. TUN FATIMAH
8. SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH



- Makam Tun Fatimah -


- Manuskrip Hang Tuah -


- Hang Tuah -

Video Melaka

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:43 PM | | 0 comments »

Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:41 PM | | 4 comments »

Di samping berperanan sebagai pusat perdagangan, Melaka juga terkenal sebagai pusat penyebaran agama islam di rantau ini. Mengikut Sejarah Melayu Raja Kecil Besar iaitu sultan Melaka yang keempat telah memeluk agama islam melalui mimpi. Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad. Selepas memeluk agama Islam Raja Kecil Besar telah belajar tentang islam seperti sembahyang daripadaMakhdum Abdul Aziz dan memakai gelaran Sultan mahmud Syah. Manakala pencatat cina Ma Huan mengatakan bahawa Megat Iskandar Syah yang memeluk Islam ketika usianya lanjut. Sebelum kedatangan islam rakyat Melaka di percayai beragama Hindu-Buddha.kedatangan agama islam ke Melaka berlaku apabila pendakwah dari Tanah Arab iaitu Sheikh Abdul Aziz datang ke Melaka menerusi jalan laut kerana Melaka berada di akawasan persisiran laut. Asal-usul kedatangan islam ke alam melayu ditentukan oleh cora Maritim kawasan yang menerima pengaruh agama iaitu kawasan persisiran. Kemudahan perjalanan seperti ini membolehkan agama islam dari Melaka tersebar lebih jauh ke bahagian utara pesisir Pulau Jawa, Kepulauan Sulu dan Brunei. Melaka berperanan menyebarkan agama islam kerana adanya faktor-faktor tertentu. Diantara peranan sultan iaitu sultan Muzaffar Syah di mana baginda telah berusaha mengukuhkan dan menyebarkan agama islam di Melaka da kawasan berha,mpiran dengannya. Sultan muzafar menjadika hukum islam sebagai asas pemerintahan baginda. kUmpulan dakwah pula telah berusaha mengajar hukum islam dan dengan ini dapat membentuk meningkatkan tentang kefahaman dalam islam. Tambahan pula sultan Muzaffar memberikan galakan kepada pendakwah bagi melaksanakan rancangan untuk mengembangkan islam. Antara pendakwah yang terdapat iaitu Kadi Melawar, Sayid Abdul Aziz, Maulana Abdul Sadar dan sebaginya. Mereka ini berasal dari Tanah Arab. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembnag dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke Gugusan Kepulauan Melayu. Pendakwa dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa, Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyerarkan agama islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula kenegeri masing-masing. dAsar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam. Terdapat juga negeri-negeri yang secara sukaraela meminta jadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti Kedah, pattani dan lain-lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam. Ulama berperanan dsalam memperkembangkan serta menyebarkan agama islam. Setelah islam berkembang, mereka memperluaskan serta memperdalamkan pengajaran dalam bidang tafsir, hadis dan tasawuf. Ulama juga bertugas sebagai mualim atau guru agama, kadi dan pendeta tasawuf. Selain menjadi guru agama mereka juga bertugas sebagai imam, juru nikah serta katib. Antaranya Maulana Abu Bakar dari mekah menjadi guru agama kepada Sultan mansor . Sultan Mahmud pula berguru dengan Makhdum Sadar Jahan. Jadi disini boleh dikatakan ulama mempunyai hubungan yang baik dengan sultan. Penyebaran agama islam di Nusantara berlaku apabila pedagangpedagang dari nusantara yang membawa dagangan untuk dijual di Melaka melihat islam dalam amalannya dan martabat gelaran baru yang diambil oleh raja (sultan) dan pembesarnya.






- Batu Bersurat -



Melaka sebagai pusat perdagangan

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:38 PM | | 1 comments »

Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerntah Melaka iaitu Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang. Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor geografi iaitu kedudukan Selat Melaka iaitu dipersimpangan jalan laut dari India dan China ataupun timur dan barat. Di sini fungsi Melaka iaitu sebagai perlabuhan persiggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka. Perlabuhan Melaka terlindung dari angin dan jjauh dari paya bakau, pintu perlabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh. Terdapat rangkaian hubungan dengan daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang seberang semenanjung iaitu mengikut kawasan pengangkutan iaitu Penarikan yang bersambung ke jalan sungai Muar-Pahang iaitu membawa ke kawasan yang kaya dengan emas di ulu pahang. Iklim juga berperanan dalam menentukan perdagangan di Melaka. Terdapat dua jenis angin yang bertiup iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya dimana kedua-dua angin ini bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu pedagang dari barat dan timur tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim tadi. Malah lalulintas laut ditentukan oleh angin monsun. Oleh itu mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan iaitu meletak barang dagangan digudang untuk diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada monsun yang satu lagi. Sultan telah menyediakan semua kemudahan fizikal dan material di perlabuhan entrepot contohnya raja Iskandar Syah telah menyediakan kemudahan, dorongan ke arah menjadikan Melaka pusat perdagangan seperti bendajara, syahbandar, laksamana dan penghulu bendahari.







- Aktiviti Perdagangan -


- Pelabuhan -

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perantaraan

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:37 PM | | 0 comments »

Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di Melaka

Penduduk Bandar pelabuhan Melaka bertambah dengan pesatnya sejak dari dibuka Kehadiran penduduk pedagang dan orang-orang yang menetap di Melaka menyebabkan ‘social contact’ yang tidak dapat dielakkan. Melaka terus sibuk. walaupun ada pedagang yang balik tetapi ada pedagang yang masih tinggal di Melaka menunggu ketibaan angin. Melaka merupakan tempat pertemuan dua angin monsoon. Mengikut statistic semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud terdapat kira-kiranunggu angina untuk belayar. Sebab itulah Pelabuhan Melaka bagitu sibuk. Namun demikian bilangan penduduk Melaka meningkat. Statistik di bawah menunjukkan kermaian penduduk Melaka.ialah 190 000 orang.
Adalah dikatakan terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan penuh harmoni dan kemesraan. Rahsia kemesraan, perpaduan dan keharmonian rakayat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini adalah disebabkan elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak. Islam juga menjadi teraju utama perpaduan orang-orang Melaka pada waktu itu kerana Islam menganggap setiap orang sebagai saudara
Bahasa Melayu merupakan elemen penyatuan penting pada waktu itu walaupun di Melaka terdapat lebih kurang 59 suku kaum, puak dan bangsa yang bertutur sebanyak 84 bahasa. Bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh.

Undang-undang Melaka

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:33 PM | | 0 comments »

Undang-undang Melaka

Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Ia adalah karya penting yang memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan baginda. Penekanan diberikan dari segi hukum-hakam dan perundangan berhubung undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur-prosedur berkaitan perkara ini juga dimuatkan bagi memperlihatkan Hukum Kanun Melaka ini adalah undang-undang Islam. Judul asal naskhah ini ialah Risalah Hukum Kanun iaitu Undang-undang. Selain merupakan karya yang tertua dan pertama dalam genrenya, kepentingan Hukum Kanun Melaka terletak pada kedudukannya yang menjadi dasar utama kepada kewujudan karya undang-undang negeri lain kemudiannya.


Undang Undang Laut Melaka
Undang Undang Laut ialah naskhah undang undang atau hukum yang digunakan dalam pelayaran. Undang Undang Laut yang berasal dari zaman Melaka itu ialah suatu undang undang yang sangat penting yang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511). Semua naskhah menceritakan bahawa Sultan Mahmud yang memerintahkan penulisan Undang Undang Laut ini atas permohonan tiga orang nakhoda, iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak yang inginkan hukum pelayaran yang tetap.

Ketiga tiga nakhoda tersebut bermesyuarat dengan segala nakhoda untuk membuat undang undang ini. Apabila selesai, ketiga tiga nakhoda itu mempersembahkan undang undang tersebut kepada Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah melalui Bendahara Paduka Raja yang menjadi mangkubumi pada ketika itu. Sultan Mahmud Syah menerima undang undang itu dengan baik dang mengisytiharkannya sebagai Undang Undang Laut yang sah sebagaimana titah baginda dalam upacara penyerahan undang undang tersebut.
"Baik kami kabulkan seperti sembah bendahara itu. Kami kurniakan hukum ini kepada segala nakhoda datang kepada anak cucu kami dan jikalau sudah kami hukumkan di laut tiada dapat siapa mengata kami kerana hukum ini sudah titah dari bawah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah di dalam negeri Melaka, segala hukum dilaut itu putus di laut jua dan hukum di darat, putusnya di darat jua...."



Tiga orang nakhoda memohon izin Sultan Mahmud untuk menuliskan Undang Undang Laut. Setelah selesai, para nakhoda dianugerahi gelar oleh baginda. Dinyatakan pula kuasa nakhoda serta tugas pegawai pegawai lain di dalam perahu seperti malim, jurumudi dan lain lain. Dinyatakan juga hukum berhutang kepada nakhoda dan hukum kiwi, iaitu orang yang mempunyai bahagian dalam barang barang permainan di perahu.

[Bab II]
Ada bahagian bahagian tertentu di dalam perahu yang tidak boleh dihampiri orang, misalnya balai lintang dan balai bujur. Dinyatakan juga beberapa langkah keselamatan di dalam perahu. Selanjutnya dinyatakan hukum membuang barang barang muatan ke dalam laut ketika ribut. Dinyatakan pula hukum kiwi(peniaga) atau penumpang yang ingin meninggalkan perahu pada pertengahan pelayaran. Akhirnya dinyatakan hukum hukum berdagang di laut. Nakhodalah yang mula mula naik ke darat untuk berdagang, diikuti oleh anak perahu dan orang ramai.

[Bab III]
Orang orang kapalnya karam atau orang yag kelaparan menjadi hamba nakhoda. Mereka tidak boleh dijual, tetapi sekiranya mereka mempunyai harta benda, nakhoda boleh meminta bayaran. Demikian juga hukumnya bagi pengadil yang karam perahunya atau yang di dalam kesengsaraan.

[Bab IV]
Orang yang berbuat khianat terhadap nakhoda atau memakai keris di perahu sedangkan orang lain tidak, boleh dijatuhi hukuman bunuh oleh nakhoda. Dinyatakan juga denda bagi orang yang kurang ajar terhadap nakhoda dan hukum bagi orang yang berzina. Akhirnya dinyatakan bahawa orang yang mencuri akan didenda.




- Manuskrip Hukum Kanun Melaka -




- Buku Hukum Kanun Melaka -

Susun lapis masyarakat Melaka

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:29 PM | | 0 comments »

Pengenalan

Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri Melaka telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Biasanya golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah.

Golongan yang memerintah

1. Raja atau sultan

Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Baginda mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan taklukannya. Baginda dianggap sebagai dewa raja dan baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat dan merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semua pembesar dan biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan menggantikan raja yang mangkat.

2. Kerabat raja

Raja sebagai seorang pemimpin, maka dirinya serta keluarganya akan dihormati oleh masyarakat malah kadang-kala rasa penghormatan ini diseliputi oleh perasaan sakral yang tinggi. Mereka dianggap sebagai suci dan amat berbeza dengan golongan rakyat biasa. Mereka juga mempunyai hak-hak istimewa, namum hak mereka adalah tidak boleh melebihi hak istimewa seseorang sultan yang memerintah. Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah mengguna payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman.

3. Bangsawan dan pembesar

Bangsawan juga dikenali sebagai anak baik-baik. Mereka menggunakan bahasa dalaman untuk mengekalkan identiti mereka. Golongan bangsawan ini terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat raja. Mereka adalah berpengaruh di kalangan pemerintah dan pentadbir. Mereka bertanggungjawab mengandalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar pula merupakan golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan sultan. Biasanya, golongan ini terdiri daripada bukan kerabat raja. Golongan ini akan dianugerahkan suatu kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber pendapatannya di mana seseorang pembesar itu dibenarkan mengutip cukai dan mengawal tenaga manusianya. Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun.

4. Golongan pemimpin agama

Pemimpin agama dan pendeta juga termasuk dalam golongan bangsawan. Mereka merupakan golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi. Terdapat juga pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seeperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan Dato’ Mufti Imam Maharaja. Mereka menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan selok-belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Golongan ini merupakan pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat dan salasilah raja-raja. Mereka juga menjadi pakar perjuk kepada raja serta menjadi penulis dan perawi diraja. Biasanya, golongan ini berketurunan Arab. Di negeri-negeri Melayu lain, mereka memakai panggilan yang berlain-lain, contohnya di Terengganu, mereka dikenali sebagai Tokku dan memakai gelaran Engku atau Tuan.

Golongan yang diperintah

1. Rakyat biasa

Rakyat biasa terdiri daripada masyarakat pribumi yang bermastautin tetap dan bilangannya adalah ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat pusat dan penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Mereka terdiri daripada pedagang dan peniaga. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi buruh kasar dan tukang mahir dalam pembuatan alat perhiasan dan senjata. Rakyat biasa ini juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan penangkapan ikan untuk sara diri.

2. Orang asing

Orang asing selalunya adalah orang bukan Melayu yang hanya mengunjungi Tanah Melayu untuk tujuan tertentu. Mereka terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh atau santeri. Secara amnya, orang asing ini dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu orang yang menetap terus dan orang yang mengunjung sekali-sekala. Selain itu, terdapat juga masyarakat Tamil-Islam yang berdagang dan bergaul bebas dengan orang pribumi. Keadaan ini telah mendorong kepada kewujudan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ini dapat digolongkan kepada dua iaitu masyarakat asing yang menyerapkan diri ke dalam masyarakat pribumi dan masyarakat asing yang masih mengekalkan cara hidup dan identiti masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka tidak terlepas daripada undang-undang tempatan.

3. Hamba

Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :

a. Hamba raja

Hamba raja terdiri daripada mereka yang menawarkan diri untuk menjadi hamba di istana. Mereka melakukan semua jenis pekerjaan dan taraf mereka juga lebih tinggi kalau dibandingkan dengan hamba yang lain. Terdapat juga bekas tahanan perang atau banduan yang menjadi hamba raja.

b. Hamba berhutang

Hamba berhutang ini terdiri daripada rakyat biasa yang gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan. Hamba ini juga disebut sebagai masuk hulun. Mereka yang menjadi hamba berhutang terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal bersama si pemiutang dan bekerja sehingga hutang dibayar. Mereka boleh dijual kepada pembesar-pembesar lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan.

c. Hamba biasa

Hamba biasa menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja yang berat dan kasar. Dengan merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.

Sistem perhambaan ini membawa makna bahawa pemilik hamba ini mempunyai taraf sosial yang tinggi dan secara langsung ia menyediakan bekalan sumber tenaga manusia bagi melaksanakan segala kerja.






- Pembesar Melaka -