Undang-undang Melaka

Posted by Shamsiah dan Siti Nurzahira | 1:33 PM | | 0 comments »

Undang-undang Melaka

Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Ia adalah karya penting yang memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan baginda. Penekanan diberikan dari segi hukum-hakam dan perundangan berhubung undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur-prosedur berkaitan perkara ini juga dimuatkan bagi memperlihatkan Hukum Kanun Melaka ini adalah undang-undang Islam. Judul asal naskhah ini ialah Risalah Hukum Kanun iaitu Undang-undang. Selain merupakan karya yang tertua dan pertama dalam genrenya, kepentingan Hukum Kanun Melaka terletak pada kedudukannya yang menjadi dasar utama kepada kewujudan karya undang-undang negeri lain kemudiannya.


Undang Undang Laut Melaka
Undang Undang Laut ialah naskhah undang undang atau hukum yang digunakan dalam pelayaran. Undang Undang Laut yang berasal dari zaman Melaka itu ialah suatu undang undang yang sangat penting yang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511). Semua naskhah menceritakan bahawa Sultan Mahmud yang memerintahkan penulisan Undang Undang Laut ini atas permohonan tiga orang nakhoda, iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak yang inginkan hukum pelayaran yang tetap.

Ketiga tiga nakhoda tersebut bermesyuarat dengan segala nakhoda untuk membuat undang undang ini. Apabila selesai, ketiga tiga nakhoda itu mempersembahkan undang undang tersebut kepada Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah melalui Bendahara Paduka Raja yang menjadi mangkubumi pada ketika itu. Sultan Mahmud Syah menerima undang undang itu dengan baik dang mengisytiharkannya sebagai Undang Undang Laut yang sah sebagaimana titah baginda dalam upacara penyerahan undang undang tersebut.
"Baik kami kabulkan seperti sembah bendahara itu. Kami kurniakan hukum ini kepada segala nakhoda datang kepada anak cucu kami dan jikalau sudah kami hukumkan di laut tiada dapat siapa mengata kami kerana hukum ini sudah titah dari bawah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah di dalam negeri Melaka, segala hukum dilaut itu putus di laut jua dan hukum di darat, putusnya di darat jua...."



Tiga orang nakhoda memohon izin Sultan Mahmud untuk menuliskan Undang Undang Laut. Setelah selesai, para nakhoda dianugerahi gelar oleh baginda. Dinyatakan pula kuasa nakhoda serta tugas pegawai pegawai lain di dalam perahu seperti malim, jurumudi dan lain lain. Dinyatakan juga hukum berhutang kepada nakhoda dan hukum kiwi, iaitu orang yang mempunyai bahagian dalam barang barang permainan di perahu.

[Bab II]
Ada bahagian bahagian tertentu di dalam perahu yang tidak boleh dihampiri orang, misalnya balai lintang dan balai bujur. Dinyatakan juga beberapa langkah keselamatan di dalam perahu. Selanjutnya dinyatakan hukum membuang barang barang muatan ke dalam laut ketika ribut. Dinyatakan pula hukum kiwi(peniaga) atau penumpang yang ingin meninggalkan perahu pada pertengahan pelayaran. Akhirnya dinyatakan hukum hukum berdagang di laut. Nakhodalah yang mula mula naik ke darat untuk berdagang, diikuti oleh anak perahu dan orang ramai.

[Bab III]
Orang orang kapalnya karam atau orang yag kelaparan menjadi hamba nakhoda. Mereka tidak boleh dijual, tetapi sekiranya mereka mempunyai harta benda, nakhoda boleh meminta bayaran. Demikian juga hukumnya bagi pengadil yang karam perahunya atau yang di dalam kesengsaraan.

[Bab IV]
Orang yang berbuat khianat terhadap nakhoda atau memakai keris di perahu sedangkan orang lain tidak, boleh dijatuhi hukuman bunuh oleh nakhoda. Dinyatakan juga denda bagi orang yang kurang ajar terhadap nakhoda dan hukum bagi orang yang berzina. Akhirnya dinyatakan bahawa orang yang mencuri akan didenda.




- Manuskrip Hukum Kanun Melaka -




- Buku Hukum Kanun Melaka -

0 comments